Ahad, 6 Januari 2008

Pemilihan Kambing Jamnapariku

Alhamdulillah, sekarang aku dah ada kambing sendiri.

Wah...meriah sungguh suasana di TTSB. Banyak kenderaan peserta kursus dan peserta pawah yang park di sekitar laluan masuk ke kandang. Aku ingat aku sorang aje yang datang kandang hari ni..hehehe. Dalam ramai-ramai peserta pawah dan yang datang untuk buat survey ada gak yang aku kenal. Salah seorang Hj Shamsul dari Shah Alam. Rupa-rupanya dia pun ada minat nak ternak kambing. Ada gak geng.

Bila aku sampai ke kandang, aku ingat aku yang awal rupa-rupanya aku peserta pawah yang lewat nak pilih kambing. Aduh. Nasib baik ada lagi kambing jamnapari yang power2 lagi untuk aku pilih. Pada hakikatnya bukan aku yang pilih tapi seorang pakar yang aku panggil wak untuk pilih kambing aku. Banyak juga nasihat yang dia bagi kat aku. Terima Kasih Wak. mmmm....apa lagi nak citer yeaa... Cuma nak minta kepada kengkawan mana yang expert bagi pandangan melalui gambar kambing yang aku pilih tadi.










2 ulasan:

Sulaiman , Che Mat, Shah Rull berkata...

akum mr.azman..satu permulaan yang bagus untuk start ternak kambing..mesti la pegi kurus ..ye tak..saya shahrul,abg kpd che mat..dan saya jugala yg selalu update blog ni..di harap kita ni saling berhubungan dalam penternakan kambing ni..untuk makluman, kandang kami akan beroperasi di rembau dlm bln Januari ni..kami pun takde pengalaman langsung, cuma penah hadiri kursus dan mengharapkan pengalaman che mat yang praktikal di teguh ternak..ok..bye..

Sulaiman , Che Mat, Shah Rull berkata...

Tarikh baru kambing akan masuk ialah 16/1/2008 di kandang Rembau....cik azman boleh melawat bila2 masa selepas tarikh itu. Jgn lupa call dulu che mat
012-6333748...