Ahad, 8 Jun 2008

Salam Semua

Kesibukan yang terlampau menyebabkan aku tak dapat nak update blog nie. So aku mohon maaf pada rakan-rakan yang meninggalkan mesej dan tidak dijawab.

Hari ni barulah aku ada masa untuk menulis blog dan nak kongsi berita gembira pada rakan-rakan. Petang tadi aku telah ke tempat TT untuk melihat perkembangan kambing-kambing yang aku pawah, Alhamdulillah empat dari enam ekor kambing jamnapariku telah selamat melahirkan anaknya. Dua ekor betina dan dua ekor jantan. Tetapi sayang sebab tak dapat menyambut kelahiran anak kambing tersebut. Tahu-tahu aje dah ada anak kambing. Hehehe...salah aku sebab tak jengok dan telefon pihak TT. Aku telah diberitahu anak kambing tersebut telah dilahirkan waktu siang pada bulan May 08. Ingat nak tangkap gambar, tapi bateri HP habis lak. Anak-anak aku juga dapat bermain dengan anak-anak kambing yang kiut-miut tu. O.klah ada keje lagi ni, nak siapkan buku log. Hehehe....so klu ada apa-apa info aku akan informkan dan kalau rakan-rakan lain ada info sila maklumkan di chat box.

Salam ternak dari azman_sa.

Sabtu, 29 Mac 2008

Kerajaan galak ternak kambing

BAHAU: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk mengurangkan penggantungan kepada daging kambing import yang kini mencecah 91 peratus.

Sehubungan itu, kata Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kerajaan sentiasa menggalakkan usaha untuk menternak kambing tempatan kerana permintaan baginya dilihat cukup tinggi.

“Kementerian mensasarkan 15 peratus pengeluaran daging kambing tempatan menjelang 2010, berbanding cuma sembilan peratus ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke ladang kambing BoDen di Serting Hilir, di ini, semalam.

Ladang kambing BoDen seluas 40.87 hektar adalah milik Distinct Agricultural Services Sdn Bhd, milik Bumiputera yang menghasilkan baka kambing jenis Boer paling berkualiti untuk pasaran penternak tempatan.

Mustapa berkata, kejayaan ladang BoDen membuktikan bahawa usaha sama di antara pihak swasta dan kerajaan boleh membawa hasil memberangsangkan, sekali gus berupaya membantu keperluan tinggi pasaran tempatan.

“Ladang kambing BoDen adalah satu contoh kerjasama agensi kerajaan dengan usahawan, selain gabungan kerja bersama Jabatan Haiwan serta Mardi. Kerjasama pintar yang terjalin ini bukan saja menguntungkan pihak syarikat, tetapi juga memberi pulangan serta pengalaman baik kepada jabatan kerajaan,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memberi bantuan dari segi teknikal dan pengurusan supaya usaha penternakan secara komersial kepada usahawan kambing jenis Boer.

“Jabatan Haiwan dan Mardi akan membantu dalam aspek kepakaran dari segi teknikal mahupun pengurusan. Apabila syarikat itu teguh, mereka boleh menyediakan kepakaran kepada kakitangan kerajaan dalam sektor penternakan kambing,” katanya.

Mustapa dibawa melawat kandang kambing syarikat berkenaan yang ketika ini menempatkan 960 kambing Boer. Ladang itu mampu memuatkan kira-kira 2,000 kambing Boer pada satu-satu masa. - Bernama

Khamis, 13 Mac 2008

Pengurusan Ternakan

Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada
    • Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
    • Cerai susu hingga bunting
    • Pengurusan Kambing dewasa
    • Pengurusan kambing bunting hingga lahir
    • Pengurusan baka jantan
    • Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
    • Lahir hingga 3 bulan
Klik sini Sumber dari Agrolink

Ahad, 2 Mac 2008

Lawatan ke AgroGemilang

Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Managing Director AgroGemilang iaitu saudara Nor Azli Bin Muhammad yang melayan kami dengan penuh mesra. Aku tiba di kandang beliau jam 11.45am bersama dengan rakan sekerjaku dan anak beliau. Sesampai saja kami dibawa ke kandang no. 2 untuk melihat kambing jenis boer grade f4 & f5 serta boer fullblood tyson milik beliau. Kami diberikan penerangan tentang perbezaan antara grade f1, f2, f3, f4 & f5. Beliau turut memberikan peluang untuk aku mendukung seekor anak boer. Kecomelan anak boer tersebut membuatkan aku geram. Nak aje aku bawa balik. hehehe. Setelah hampir 30 minit di kandang, kami dipelawa ke pejabat urusan beliau. Di sana kami diberi brochure AgroGemilang dan sambung berborak tentang perniagaan ternakan. Pada jam 1.15pm kami meminta diri untuk pulang. Di luar aku sempat bergambar dengan beliau. Terima kasih ku ucapkan sekali lagi pada Saudara Nor Azli Bin Muhammad kerana menerima kami untuk melawat kandang beliau.

Disini aku ingin memohon maaf kepada saudara Razif kerana terpaksa hadir ke kandang AgroGemilang lebih awal dari yang dijanjikan sebab pada sebelah petang ada taklimat di Teguh Ternak.


Selepas lawatan ke kandang AgroGemilang aku terus ke Pusat Latihan Teguh Ternak (Kandang) untuk mendengar taklimat dari Bank Pertanian. Aku di faham seramai 19 peserta yang menghadiri kursus tersebut. Sesi taklimat tersebut telah bermula pada jam 2pm tapi aku sampai 2.45pm. Pada sesi tersebut kami diperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Pertanian untuk usahawan yang berasakan pertanian dan penternakan. Terdapat beberapa jenis yang disediakan iaitu Pinjaman Bercagar, Pinjaman Siswazah, Pinjaman Belia dan dll. Sesi tersebut tamat pada jam 3.30pm. Selepas sesi aku berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan sekursus (betul ke ayat aku ni) dan bertanyakan khabar serta perkembangan terkini mereka.

Rabu, 20 Februari 2008

Kehadiran Klinik Usahawan PKNS

Alhamdulillah aku selesai menghadiri Klinik Usahawan PKNS yang dianjurkan PDN Resources (M) Sdn Bhd. Aku telah dimaklumkan seramai 280 peserta yang menghadiri klinik tadi. Peserta telah didedahkan perkhidmatan dan peluang yang boleh diperolehi dari agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani, MARDI, SIRIM, PKPS, FAMA, UPM dan pengalaman usahawan jemputan yang berjaya salah seorang usahawan berpengalaman adalah saudara Mohd Hisham dari Intergrated Farm. Untuk makluman agensi kerajaan yang disebutkan mempunyai peruntukkan untuk disalurkan kepada usahawan yang bersungguh-sungguh. Disamping itu pihak agensi tersebut ada mengadakan latihan untuk usahawan.


Di luar perkarangan dewan pula terdapat gerai2 yang mempromosi barangan dan peluang bisnes yang boleh diusahakan secara contract farming seperti ikan keli, serai, kambing (Intergrated Farm) dll. Di sini aku menerima pelbagai idea baru dan juga jaringan usahawan dari sekitar Negeri Selangor. Salah seorangnya ialah saudara Pian salah seorang usahawan Lintah, Cendawan dan ternakan. Beliau banyak memberi idea yang amat berguna. Terima kasih pada beliau. Selain itu terdapat juga rakan-rakan lama yang bergiat aktif dalam dunia usahawan. Aku aje yang ketinggalan.

Hari ini aku menerima pengalaman yang boleh dikatakan menakutkan apabila bangunan PKNS bergoyang. Mula-mula ingatkan pening tetapi apabila salah seorang peserta mengatakan bangunan bergoyang dewan mula menjadi riuh. Ada juga peserta yang balik. Aku ada merakamkan sedikit senario tersebut.

Khamis, 14 Februari 2008

Kursus Penternakan Kambing TTSB

Alhamdulillah aku telah habis menghadiri Kursus Penternakan Kambing di Teguh Ternak Sdn Bhd selama lima hari bermula 6 Feb hingga 10 Feb 2008. Di sana aku telah di ajar dan mempelajari ilmu berkaitan pemakanan, kesihatan kambing, cara pemasaran, kertas kerja dll. Layanan yang diberikan oleh TTSB amat selesa dan tidak kedekut untuk memberi cadangan, idea dan pandangan.




Isnin, 11 Februari 2008

Klinik Usahawan PKNS

"Transformasi Pertanian :
Satu Usaha Meningkatkan
Produktiviti Industri Asas Tani"

Rebutlah Peluang Untuk Menerokai Ilmu Pengetahuan Dan Pembangunan Keusahawanan Dari Ahli Panel Yang Berpengalaman.

  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • MARDI
  • SIRIM
  • Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS)
  • FAMA
  • UPM
  • Berkongsi Pengalaman Bersama Usahawan Berjaya

Tarikh
20 Februari 2008 (Rabu)

Tempat
Tingkat 15, Menara PKNS
Petaling Jaya, Selangor

Masa
8.00 pagi - 5.00 petang (8.00 - 8.45 pagi - PENDAFTARAN)

Bayaran
RM30 (Termasuk Sijil)

Tarikh Tutup
18 Febuari 2008

Untuk Makluman dan Pertanyaan, Sila Hubungi

Pengurus
Sekretriat Pembangunan Usahawan
Tingkat 1, Blok B, Perbandaran Kemajuan Negeri Selangor
Persiaran Barat, Off Jalan Barat
46505 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 - 4256 1735 / 7958 4566 / 7956 5455
Faks : 03 - 4253 4636 / 7958 4655
H/P : 013 - 333 7683 / 016 - 828 6406 / 016 - 908 4480
Email : khairul_pdn@yahoo.com / 0126104484@mail.maxis.net.my


**Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang perubahan yang tidak dapat dielakkan tanpa memklumkan kepada peserta terlebih dahulu.

Dianjurkan Oleh :
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Diuruskan Oleh :
PDN Resources (M) Sdn Bhd

Petikan dari Berita Harian