Ahad, 30 Disember 2007

Lawatan dan Persetujuan


Alhamdulillah hari ini adalah titik permulaan untuk aku menjadi penternak secara sambilan sebelum menjadi kerjayaku sepenuh masa kelak. Segala perbincangan telah mendapat kata putus antara aku dengan En. Kamal (Teguh Ternak S/B).

Rabu, 26 Disember 2007

Semut Di Helmetku

Geli telinga dibuatnya, bila semut merayap kat telinga aku semasa dalam perjalanan nak ambil wife kat tempat keje dia. Dahlah hujan lebat. Sesampai aje, buka helmet, mak ai...banyak betul semut dalam helmet aku. Wife aku geli-geleman tengok semut tu, dalam masa yang sama boleh lagi offer pakai helmet dia. Untuk mengelakkan semut tu masuk telinga, helmet tersebut aku ketuk kat dinding bagi mengeluarkan semua semut yang dok bersarang dalam helmet. Ketuk punya ketuk tak juga berkurang so aku kena pakai tutup kepala baju hujan bagi mengelakkan semut tu masuk telinga.

Hehehe...apalah aku nie cerita pasal semut tapi blog pasal kambing. Bukan apa, benda ni dah jadi dua kali dalam tahun ni, pertama masa rancangan aku nak ternak cacing harimau dan kedua pada hari ni masa pelan hampir jadi untuk ternak kambing (INSYAALLAH). Pada kejadian pertama aku cerita pada Abang Ajak dan dia cakap aku ni sesuai buat bisnes ternak. Tapi aku buat biasa tapi bila kejadian kedua ni terjadi...mmmmm...mungkin kot. Tapi takderlah aku pegang sangat cakap dia, sebab benda ni mungkin jadi secara kebetulan dan setiap rezeki yang datang semuanya dari ALLAH S.W.T.

Jadi kepada semua yang membaca blog ni harap mendoakan kejayaan diri ini. Satu lagi kalau boleh untuk mereka yang dah lama dalam bidang ternakan bagilah komen yang bernas bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan ternakan kambing.

Selasa, 25 Disember 2007

Kursus Penternakan Kambing

Sesi Kedua: 1 - 6 Januari 2008

Kandungan kursus:
  1. Pengenalan kepada pelbagai jenis kambing.
  2. Pemakanan kambing.
  3. Pembinaan kandang yang ideal.
  4. Perbidanan - insyaAllah termasuk menyambut kelahiran.
  5. Mengenal dan merawat penyakit.
  6. Pengambilan susu.
  7. Pengenalan kepada peraturan/undang-undang berhubung pemindahan ternakan.
  8. Menyimpan rekod dan akaun.

Tempoh kursus :5 hari.
Tempat kursus : Ladang Kambing.net.my
Bayaran : RM500 seorang, temasuk tempat tinggal dan makan minum.

Mendaftarlah segera... sila hubungi kami...

Ahad, 23 Disember 2007

Lawatan Kandang Kambing.net.my

Hari adalah hari yang ditunggu-tunggu. Susah gak nak set masa yang sesuai sebab banyak sangat komitmen yang perlu di dahulukan. Semalam ada korban kat tempat kerja, belah petang pulak letih. So pagi nie masa yang amat sesuai untuk pergi ke kandang kambing tempat yang aku nak laburkan duit dalam menunaikan minat aku yang membuak-buak ni.

Tempat yang hendak dituju taklah jauh sangat, so aku dengan family gerak agak lewat ke kandang tersebut. Dalam perjalanan ke kandang, jalan Meru agak sesak walaupun hari minggu pada cuti hari raya korban yang berakhir semalam dan selang sehari untk krismas. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari Shah Alam. Tercari-cari gak mana tempat seperti yang dinyatakan mengikut peta yang diberikan di dalam internet. 5 minit dari jalan besar barulah terjumpa signboard kambing.net.my. Melalui jalan kecil yang ada, tersergam rumah yang agak besar dan tak nampak sedikit pun tanda-tanda ada kandang kambing di kawasan tersebut. Pihak kambing.net.my telah memberitahu bahawa kandang tersebut terletak di belakang rumah tersebut so aku ikut aje jalan yang menghala ke belakang rumah. Memang betul sekali pandang memang tak tahu ada kandang kambing kat kawasan tersebut.

Sampai aje, aku terlihat sebuah kereta peronda di dalam kawasan kandang. Ehhh...apa keheinyeee nie?? Aku park kereta dan terlihat owner kambing tengah bagi penerangan kepada abang-abang polis trafik kita. Rupa-rupanya diorang pun ada rancangan nak labur duit gak. Lama gak aku tengok diorang berborak. Aku apa lagi terus ke kandang dan melihat sendiri kambing-kambing yang diternak oleh kambing.net.my. Baru pertama kali aku menjejak kaki di kandang kambing dan melihat segala kelengkapan ternakan kambing. Aku pun mendekati wak iaitu salah seorang tenaga kerja kat situ. Dia terangkan aku bahawa kambing jenis ni memang untung kalau kita buat biz sebab dia ada susu dang daging. Lama gak aku beborak dan melihat seekor anak kambing jamnapari 9 bulan yang di asingkan. Anak kambing nie manja sungguh.

Hampir 15 minit aku pun di datangi oleh owner tadi dan memberikan sedikit penerangan yang lebih lanjut berkaitan pakej penjagaan yang disediakan. Beliau menyatakan hanya sepuluh peserta sahaja yang boleh diterima kerana kandang yang agak terhad buat masa ini. Aku bertanya adakah sebarang kos lain yang perlu aku jelaskan selain kos pembelian kambing. Takder itu jawapan aku terima dari owner. Lantas aku pun bersetuju dan berharap pihak kambing.net.my sedia mengajar segala ilmu penternakan kambing. Mudahlah nanti sekiranya aku ingin menternak secara full time. Owner pun berharap aku dapat datang sekerap mungkin untuk mendapat seberapa banyak ilmu berkaitan kambing. Owner pun menyatakan ada hitam-putih yang perlu aku tandatangani antara pihak kambing.net.my dengan peserta. So aku bersetuju dan akan menghubungi beliau sekiranya duit dah ada.

Sabtu, 15 Disember 2007

Ternakan Kambing Jamnapari

Pada hari ini aku bersama keluargaku telah pergi ke karnival berkaitan pertanian berhampiran Stadium Melawati Shah Alam. Tujuan aku ke sana hanyalah untuk membawa anak ku bermain di Fun Fair. Dalam keseronokan anak-anak, perut pulak meragam. Ketika nak ke tandas aku terpandang both ternakan kambing. Aku ke sana dan melihat banyak kambing-kambing peliharaan yang di pamerkan seperti boer, jamnapari dan lain-lain. Aku masuk sambil lalu dan terus ke tempat anak-anak ku bermain untuk mengajak mereka melihat kambing tersebut. Anak-anak ku amat teruja dan tak sabar untuk melihat kambing-kambing tersebut lebih dekat. Sampai aje aku pun just tengok-tengok, sampai satu ketika aku terdengar satu perbincangan tuan punya kambing dengan pengunjung yang membuatkan aku mendekatkan diri untuk mendengar lebih jelas. Dah lama aku ingin menanyakan perkara yang sama seperti yang dibincangkan mengenai ternakan untuk mereka yang tidak mempunyai tempat dan masa yang terhad. Pihak kambing.net.my menyediakan tempat dan tenaga kerja untuk mereka yang minat dan masih bekerja. Setiap peserta hendaklah membeli 10 ekor kambing jamnapari dari tempat beliau dan segala kos penjagaan serta kos lain akan ditanggung oleh pihak kambing.net.my dari hasil jualan susu dan konsep kelahiran bahagi dua pihak peserta. Perbincangan tersebut telah membuka minat aku dan berharap minat ini akan menjadi realiti dalam ketika aku mencari-cari pertanian atau ternakan yang sesuai. Lantas pihak kambing.net.my menjemput aku ke tempat ternakan di kapar untuk melihat sendiri cara ternakan yang dijalankan. Lebih kurang satu jam aku pun mengakhiri perbualan ku dengan azam untuk tahun baru 2008 ternakan ini akan menjadi realiti. http://referer.org