Rabu, 20 Februari 2008

Kehadiran Klinik Usahawan PKNS

Alhamdulillah aku selesai menghadiri Klinik Usahawan PKNS yang dianjurkan PDN Resources (M) Sdn Bhd. Aku telah dimaklumkan seramai 280 peserta yang menghadiri klinik tadi. Peserta telah didedahkan perkhidmatan dan peluang yang boleh diperolehi dari agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani, MARDI, SIRIM, PKPS, FAMA, UPM dan pengalaman usahawan jemputan yang berjaya salah seorang usahawan berpengalaman adalah saudara Mohd Hisham dari Intergrated Farm. Untuk makluman agensi kerajaan yang disebutkan mempunyai peruntukkan untuk disalurkan kepada usahawan yang bersungguh-sungguh. Disamping itu pihak agensi tersebut ada mengadakan latihan untuk usahawan.


Di luar perkarangan dewan pula terdapat gerai2 yang mempromosi barangan dan peluang bisnes yang boleh diusahakan secara contract farming seperti ikan keli, serai, kambing (Intergrated Farm) dll. Di sini aku menerima pelbagai idea baru dan juga jaringan usahawan dari sekitar Negeri Selangor. Salah seorangnya ialah saudara Pian salah seorang usahawan Lintah, Cendawan dan ternakan. Beliau banyak memberi idea yang amat berguna. Terima kasih pada beliau. Selain itu terdapat juga rakan-rakan lama yang bergiat aktif dalam dunia usahawan. Aku aje yang ketinggalan.

Hari ini aku menerima pengalaman yang boleh dikatakan menakutkan apabila bangunan PKNS bergoyang. Mula-mula ingatkan pening tetapi apabila salah seorang peserta mengatakan bangunan bergoyang dewan mula menjadi riuh. Ada juga peserta yang balik. Aku ada merakamkan sedikit senario tersebut.

Tiada ulasan: