Sabtu, 29 Mac 2008

Kerajaan galak ternak kambing

BAHAU: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk mengurangkan penggantungan kepada daging kambing import yang kini mencecah 91 peratus.

Sehubungan itu, kata Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kerajaan sentiasa menggalakkan usaha untuk menternak kambing tempatan kerana permintaan baginya dilihat cukup tinggi.

“Kementerian mensasarkan 15 peratus pengeluaran daging kambing tempatan menjelang 2010, berbanding cuma sembilan peratus ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke ladang kambing BoDen di Serting Hilir, di ini, semalam.

Ladang kambing BoDen seluas 40.87 hektar adalah milik Distinct Agricultural Services Sdn Bhd, milik Bumiputera yang menghasilkan baka kambing jenis Boer paling berkualiti untuk pasaran penternak tempatan.

Mustapa berkata, kejayaan ladang BoDen membuktikan bahawa usaha sama di antara pihak swasta dan kerajaan boleh membawa hasil memberangsangkan, sekali gus berupaya membantu keperluan tinggi pasaran tempatan.

“Ladang kambing BoDen adalah satu contoh kerjasama agensi kerajaan dengan usahawan, selain gabungan kerja bersama Jabatan Haiwan serta Mardi. Kerjasama pintar yang terjalin ini bukan saja menguntungkan pihak syarikat, tetapi juga memberi pulangan serta pengalaman baik kepada jabatan kerajaan,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memberi bantuan dari segi teknikal dan pengurusan supaya usaha penternakan secara komersial kepada usahawan kambing jenis Boer.

“Jabatan Haiwan dan Mardi akan membantu dalam aspek kepakaran dari segi teknikal mahupun pengurusan. Apabila syarikat itu teguh, mereka boleh menyediakan kepakaran kepada kakitangan kerajaan dalam sektor penternakan kambing,” katanya.

Mustapa dibawa melawat kandang kambing syarikat berkenaan yang ketika ini menempatkan 960 kambing Boer. Ladang itu mampu memuatkan kira-kira 2,000 kambing Boer pada satu-satu masa. - Bernama

Khamis, 13 Mac 2008

Pengurusan Ternakan

Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada
    • Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
    • Cerai susu hingga bunting
    • Pengurusan Kambing dewasa
    • Pengurusan kambing bunting hingga lahir
    • Pengurusan baka jantan
    • Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
    • Lahir hingga 3 bulan
Klik sini Sumber dari Agrolink

Ahad, 2 Mac 2008

Lawatan ke AgroGemilang

Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Managing Director AgroGemilang iaitu saudara Nor Azli Bin Muhammad yang melayan kami dengan penuh mesra. Aku tiba di kandang beliau jam 11.45am bersama dengan rakan sekerjaku dan anak beliau. Sesampai saja kami dibawa ke kandang no. 2 untuk melihat kambing jenis boer grade f4 & f5 serta boer fullblood tyson milik beliau. Kami diberikan penerangan tentang perbezaan antara grade f1, f2, f3, f4 & f5. Beliau turut memberikan peluang untuk aku mendukung seekor anak boer. Kecomelan anak boer tersebut membuatkan aku geram. Nak aje aku bawa balik. hehehe. Setelah hampir 30 minit di kandang, kami dipelawa ke pejabat urusan beliau. Di sana kami diberi brochure AgroGemilang dan sambung berborak tentang perniagaan ternakan. Pada jam 1.15pm kami meminta diri untuk pulang. Di luar aku sempat bergambar dengan beliau. Terima kasih ku ucapkan sekali lagi pada Saudara Nor Azli Bin Muhammad kerana menerima kami untuk melawat kandang beliau.

Disini aku ingin memohon maaf kepada saudara Razif kerana terpaksa hadir ke kandang AgroGemilang lebih awal dari yang dijanjikan sebab pada sebelah petang ada taklimat di Teguh Ternak.


Selepas lawatan ke kandang AgroGemilang aku terus ke Pusat Latihan Teguh Ternak (Kandang) untuk mendengar taklimat dari Bank Pertanian. Aku di faham seramai 19 peserta yang menghadiri kursus tersebut. Sesi taklimat tersebut telah bermula pada jam 2pm tapi aku sampai 2.45pm. Pada sesi tersebut kami diperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Pertanian untuk usahawan yang berasakan pertanian dan penternakan. Terdapat beberapa jenis yang disediakan iaitu Pinjaman Bercagar, Pinjaman Siswazah, Pinjaman Belia dan dll. Sesi tersebut tamat pada jam 3.30pm. Selepas sesi aku berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan sekursus (betul ke ayat aku ni) dan bertanyakan khabar serta perkembangan terkini mereka.