Ahad, 13 Januari 2008

Sabtu, 12 Januari 2008

Perangkaan Ternakan Kambing

Melalui jadual perangkaan yang dibuat oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan pada September 2007 terdapat sebanyak 293,871 ekor kambing di Malaysia.

sumber Department of Veterinary Services, Malaysia

Khamis, 10 Januari 2008

Terapi Kambing

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

  1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
  3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
  7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

>>>lagi dari Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin<<<

Selasa, 8 Januari 2008

Pemilihan Baka Yang Baik

Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki.

Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:

  • Baka dan keturunan
  • Bentuk badan atau konformasi:
    • Teknik pengamatan
    • Teknik perabaan
    • Teknik berdasarkan penilaian (pemberian RINGKASAN 3

Cara Pemilihan Baka dan Keturunan

Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.

Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:

  • Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
  • Kenaikan berat badan yang cepat
  • Berat badan semasa 1 tahun
  • Keluaran susu yang banyak
  • Jarak kelahiran yang rapat.

Cara Pemilihan Konformasi Badan

  • Cara-cara Pengamatan

Cara Perabaan

Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.

Teknik Berdasarkan Penilaian

Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan.

RINGKASAN 3

Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.


RAJAH MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINA

sumber dari :http://www.jphpk.gov.my

Ahad, 6 Januari 2008

Pemilihan Kambing Jamnapariku

Alhamdulillah, sekarang aku dah ada kambing sendiri.

Wah...meriah sungguh suasana di TTSB. Banyak kenderaan peserta kursus dan peserta pawah yang park di sekitar laluan masuk ke kandang. Aku ingat aku sorang aje yang datang kandang hari ni..hehehe. Dalam ramai-ramai peserta pawah dan yang datang untuk buat survey ada gak yang aku kenal. Salah seorang Hj Shamsul dari Shah Alam. Rupa-rupanya dia pun ada minat nak ternak kambing. Ada gak geng.

Bila aku sampai ke kandang, aku ingat aku yang awal rupa-rupanya aku peserta pawah yang lewat nak pilih kambing. Aduh. Nasib baik ada lagi kambing jamnapari yang power2 lagi untuk aku pilih. Pada hakikatnya bukan aku yang pilih tapi seorang pakar yang aku panggil wak untuk pilih kambing aku. Banyak juga nasihat yang dia bagi kat aku. Terima Kasih Wak. mmmm....apa lagi nak citer yeaa... Cuma nak minta kepada kengkawan mana yang expert bagi pandangan melalui gambar kambing yang aku pilih tadi.










Khamis, 3 Januari 2008

Penternakan Kambing

PENDAHULUAN

Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12% - 15% keperluan negara di bidang daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.

1. TUJUAN PEMELIHARAAN

Pemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.

2. BAKA-BAKA KAMBING

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.

Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.

Berikut ini dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu dan manusia:

Jamnapari/Ettawah

Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.

Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.

Sumber dari http://www.jphpk.gov.my

Selasa, 1 Januari 2008

Senyum Kambing 2008

petikan dari utusan.com.my