Khamis, 3 Januari 2008

Penternakan Kambing

PENDAHULUAN

Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12% - 15% keperluan negara di bidang daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.

1. TUJUAN PEMELIHARAAN

Pemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.

2. BAKA-BAKA KAMBING

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.

Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.

Berikut ini dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu dan manusia:

Jamnapari/Ettawah

Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.

Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.

Sumber dari http://www.jphpk.gov.my

Tiada ulasan: