Khamis, 31 Januari 2008

Program khas pertanian bulan depan

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan Program Bicara Tani mulai bulan depan bagi meyakinkan orang ramai, terutama generasi muda, bahawa pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata peserta program berbentuk forum sehari itu akan diberi maklumat terkini mengenai hala tuju, strategi, bantuan dan sokongan disediakan agensi berkaitan.

Katanya, program itu mensasarkan penyertaan seramai 24,500 petani, usahawan industri asas tani, graduan, generasi muda yang mahu menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan serta ahli persatuan, koperasi dan pertubuhan berkaitan pertanian.

“Bicara Tani ini diadakan kerana kita dapati orang ramai masih kurang yakin pertanian adalah satu perniagaan yang boleh memberi pulangan menguntungkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan prapelancaran Program Bicara Tani di sini, semalam.

Program selama dua bulan itu akan dilancarkan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah, pada 12 Februari ini.

Borang penyertaan boleh didapati di Jabatan Pertanian negeri dan daerah atau menerusi laman web www.agrolink.moa.my atau www.bicaratani.com.my atau menghubungi urus setia di talian 03-9058 188.

Muhyiddin berkata, walaupun kementerian berjaya melahirkan lebih 8,000 usahawan tani menerusi pelbagai program yang dijalankan sejak tiga tahun lalu, usaha menarik minat generasi muda menyertai sektor pertanian akan diteruskan.

Katanya, ini penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani yang terbabit secara langsung dalam rantaian bekalan, termasuk peringkat pemprosesan dan pemasaran.

“Selama ini petani kita hanya pakar dalam tanaman, mereka tidak mengambil berat aspek logistik dan rantaian bekalan makanan kerana menyerahkannya kepada orang lain.

“Oleh itu, mereka tidak memperoleh hasil pendapatan maksimum kerana yang untung orang tengah,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, stok penimbal beras Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) yang kini hanya dapat bertahan dua minggu perlu ditambah bagi menjamin bekalan dan harga berikutan peningkatan permintaan tempatan dan dunia.

Katanya, keperluan beras negara kini adalah kira-kira 2.4 juta tan setahun dengan 1.6 juta tan dipenuhi menerusi pengeluaran domestik manakala selebihnya diimport.

“Ada negara menambah stok beras kerana peningkatan permintaan dan ada negara yang tidak mempunyai stok penimbal beras sebelum ini juga mahu berbuat demikian.

“Justeru, kita perlu menyediakan bekalan stok penimbal beras lebih daripada sekarang mungkin untuk tempoh tiga bulan supaya tidak berlaku kekurangan bekalan,” katanya sambil menambah mesyuarat pertama Majlis Harga Kebangsaan dijadualkan selepas mesyuarat Kabinet minggu depan.

Ahad, 27 Januari 2008

Kursus Penternakan Kambing - CEPAT

Sesi Ketiga 2008: 27 Februari - 2 Mac 2008 (Rabu - Ahad)

Kandungan kursus:
  1. Pengenalan kepada pelbagai jenis kambing.
  2. Pemakanan kambing.
  3. Pembinaan kandang yang ideal.
  4. Perbidanan - insyaAllah termasuk menyambut kelahiran.
  5. Mengenal dan merawat penyakit.
  6. Pengambilan susu.
  7. Pengenalan kepada peraturan/undang-undang berhubung pemindahan ternakan.
  8. Menyimpan rekod dan akaun.

Tempoh kursus : 5 hari.
Tempat kursus : Ladang Kambing.net.my
Bayaran : RM600 seorang, temasuk tempat tinggal dan makan minum.

Mendaftarlah segera... sila hubungi kami...

Selasa, 22 Januari 2008

Jalan Hujung Minggu

Pada hari ahad tempoh hari aku bersama keluarga telah ke kandang untuk melihat kambing jamnapari aku. Selain jengok kambing aku juga nak booking tempat dalam kursus yang di anjurkan oleh pihak TTSB pada cuti tahun baru cina nanti. Sampai aje aku pun jengok dulu kambing jamnapari aku dan tengok semua kambing aku dalam keadaan baik, lepas tu aku pun jumpa En. Kamal menanyakan tentang kursus ternakan kambing. Uhuks...tempat penuh dah ada 20 orang. Tapi En. Idris akan cuba tengok mana-mana peserta yang tak jadi dia akan selitkan nama aku..hehehe. Thanks.

Lepas jengok kambing, belah petang aku pi Kampung Delek Klang untuk nengok perkembangan ternakan ayam kampung Pak Jang di sana. Walaupun kuantiti tak banyak (100++) dan baru nak belajar ternak ayam. So masa tu dapatlah aku tengok cara beliau bagi ayam makan, gunakan dedak, roti yang direndam dengan air kemudian roti tu campurkan dengan minyak. Pelahab jugak ayam kampung ni. Isk..isk.

Ni gambar yang aku ambil masa jengok reban ayam Pak Jang.

Jumaat, 18 Januari 2008

Penduduk miskin ternak kambing berkelompok

Setiap kumpulan diberi peruntukan RM27,000 untuk bina kandang, beli baka dan makanan

KOTA BHARU: Kerajaan Pusat kini melaksanakan projek ternakan kambing secara kelompok, membabitkan penyertaan penduduk miskin negeri ini dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka.

Projek terbabit disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, yang mengenal pasti mereka yang layak sebelum dibahagikan mengikut kelompok 10 peserta.

Setiap kumpulan itu diberi peruntukan RM27,000 untuk membina kandang, membeli baka, makanan ternakan dan menjaganya secara bersama sebelum dapat menikmati hasil usaha mereka dalam masa lapan bulan.

Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad, berkata projek perintis projek itu kini membabitkan peserta sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melor, Kadok dan Kok Lanas dengan peruntukan RM99,900.

"Sekitar Parlimen Ketereh, empat kelompok dibentuk membabitkan 40 keluarga miskin. Ini adalah sebahagian usaha terbaru Kerajaan Pusat membantu penduduk miskin di Kelantan.

"Setiap kandang yang dibina akan menempatkan sekurang-kurangnya seekor kambing jantan sebagai induk yang mampu mengawan kira-kira 30 kambing betina.

"Baka kambing yang diternak peserta ialah Jamnapari dan Boer, induk jantan kambing itu berharga sekitar RM3,000 seekor," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas menyampaikan induk kambing kepada kelompok projek itu di Kampung Kadok dekat Ketereh, semalam. Turut hadir Pengarah JKM Kelantan, Md Noor Chik.

Pada majlis sama, Md Alwi turut menyampaikan bantuan persekolahan iaitu 63 basikal bernilai RM9,135 kepada 63 murid miskin daripada sekitar Parlimen Ketereh.

Dalam perkembangan berasingan, Md Alwi meminta semua Orang Kurang Upaya (OKU) di Kelantan supaya segera mendaftarkan diri masing-masing dengan JKM bagi pemantauan dan bantuan dihulurkan kepada mereka.

"JKM adalah satu badan yang menjaga kebajikan rakyat, sama ada miskin atau OKU, bantuan akan dihulurkan mengikut keperluan dan kelayakan," katanya.

Petikan Berita Harian Online

Khamis, 17 Januari 2008

Manfaat Sehat Susu Kambing Etawa

Pernah mencoba susu kambing ? Hasil survei United Departement of Agriculture, susu kambing baik untuk berbagai keadaan terutama mencegah penyakit. Malah dianjurkan untuk penderita penyakit TBC, asma, anemia, hepatitis, kram otot dan tukak lambung. Mengenai komposisi kimiawi susu kambing Etawa mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalori, kalsium, fosfor, magnesium, besi, natrium, kalium, Vitamin A, B1 (IU), B2(mg), B6, B12, C, D, E, Niacin, V, Asam Pantotenant, Kolin dan Inositol.

>>>Lagi di SUSUKambing.com<<<

Rabu, 16 Januari 2008

Kursus Penternakan Kambing

Sesi Kedua 2008: 6 - 10 Februari 2008 (Rabu - Ahad)

Kandungan kursus:
  1. Pengenalan kepada pelbagai jenis kambing.
  2. Pemakanan kambing.
  3. Pembinaan kandang yang ideal.
  4. Perbidanan - insyaAllah termasuk menyambut kelahiran.
  5. Mengenal dan merawat penyakit.
  6. Pengambilan susu.
  7. Pengenalan kepada peraturan/undang-undang berhubung pemindahan ternakan.
  8. Menyimpan rekod dan akaun.

Tempoh kursus : 5 hari.
Tempat kursus : Ladang Kambing.net.my
Bayaran : RM500 seorang, temasuk tempat tinggal dan makan minum.

Mendaftarlah segera... sila hubungi kami...

Ahad, 13 Januari 2008